Pages

Saturday, April 16, 2011

Food In Pulau Pinang : Penang Pasembur

Antara makanan kegemaran bila berkunjung ke Pulau Pinang. Memang sedap & kalau waktu nak pilih makanan memang susah. Rasa macam nak ambik semua. Heheh..



Apa-apa pun tempat yg paling ’best’ adalah kat Padang Kota. Belakang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kali ni kami singgah di gerai Hussain Pasembur. Utk mengelakkan pembaziran saya mintak isteri tercinta yg pilih memandangkan kalau saya yg pilih agaknya penuh kot pinggan.

Beginilah hasilnya setelah campuran dibuat. Kuah dia lebih kepada sedikit pedas & banyak manisnya. Selalunya setelah pilihan dibuat tokey kedai akan perangat balik utk bagi pasembur tersebut kembali segar & rapuh utk dimakan.

Memang adalah antara makanan yg terlazat di Pulau Pinang. Harapannya agar gerai-gerai tersebut akan kekal disana selamanya.

Tempat : Padang Kota Penang

Makanan Pilihan : Pasembur @ Rojak org selain utara panggil

Tips : Dibuka seawal tengahari. Hujung minggu penuh.
How to go? Near the Penang State of Hall.

View Larger Map

Wednesday, April 6, 2011

Food In Negeri Sembilan : Nasi Ayam Gemas Mustafah

Nasi Ayam Gemas : Beras pun yg baik

Persinggah kali ini adalah di Bahau Negeri Sembilan. Ada satu kedai nasi ayam yg tak boleh tak singgah. Nasi Ayam Gemas namanya tapi jgn silap pulak sebab kedai ni kat Bahau Negeri Sembilan.

Kuah kicap + cili = 'Perfect'
Kami pi dekat pukul 1.30 pm tapi waktu tu Nasi Ayam dah habis. Tetapi nasi baik tuan kedai masak buat kali yg kedua. Bolehlah merasa Nasi Ayam tersebut. Satu set nasi ade 2 ketul ayam (gambar), jadi memang berbaloi sangat la. Setakat ni merupakan nasi ayam paling enak kat Bahau.
Menikmati Air Lychee

Ammar khusyuk main game
Tempat : Bahau

Istimewa : Nasi Ayam

Tips : Mai awai sebab cepat habis & kedai panas sikit.