Nasi Lemak + sambal + telur + kangkung rebus + ikan bilis |
Kg. Baru letaknya di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Satu-satunya kampung yg masih wujud di tengah kota. Walaupun begitu, disitulah terdapatnya beberapa kedai & gerai yg cukup menarik utk dikunjung.
Terdapat satu gerai yg merupakan tempat paling best utk sarapan di Kuala Lumpur. Nasi lemak merupakan antara yg paling ‘famous’ & ’top’ kat sini. Sambal dia memang ‘marvelous’ dicampur dgn ikan bilis, sayur kangkung & telur goreng/ rebus. Kesedapannya terletak pada sambalnya yg pedas + manis.
Kita jugak sebenarnya boleh utk tambah lauk lain tetapi seperti biasa cek selalunya ’keep it simple’ & basic.
Roti Canai empuk & panas |
Roti canai pun boleh tahan. Dicampur pulak dgn kuah kari ayam. Selalunya cek akan pilih kaki ayam sebab dagingnya yg lembut. Memang sedap. Kedai ni selalunya bukak di hari bekerja kecuali hari Isnin. Tidak dapat dipastikan bukak ke tidak pada hujung minggu.
Kari Kaki Ayam = Pencicah |
Suasana tempat makan |
Tempat/ Lokasi :- Berhadapan dgn Bank Pembangunan & DBKL
Suasana :- Agak penuh dgn pelanggan & layan diri.3/5
Harga :- Murah & sedap 5/5
Tips :- Parking dibahu jalan. Tapi paling senang parkinglah di belakang kedai tersebut. Kena masuk ke lorong menghala ke belakang gerai.
’cek’ – panggilan utk saya dalam bahasa utara.