Pages

Tuesday, March 15, 2011

Food In Melaka : Roti John & Air Tebu, Kem Sungai Udang



Roti John Special
Kalau berkunjung ke Sungai Udang disimpang menghala ke Kem Sungai Udang terdapat deretan gerai-gerai makan.Terdapat dua gerai yg memang cek tak boleh missed. 
Roti John antara yg terbaik pernah cek rasa. Perh! Bukan apa, memang masuklah dia punya ingredients. Memang kalahlah Roti John pasar Ramadan Shah Alam. Yang masak tu pulak pakcik & makcik ja tapi memang dah berbelas tak pun berpuluh tahun jual roti john. Yang menjadi paling best pada cek adalah Roti John special daging sbb dia memang pakai daging burger Ramly.

Rotinya pulak empuk  penuh dgn telur. Mayonis tak boleh cakap la. Memang menarik bila makan. Tapi bila dah order Roti John tu kena la pulak order air tebu seberang jalan.

Ayiaq Tebu
Air tebu disini adalah yg tersedap pernah cek rasa. Kira dua-dualah yg terbaik kat sini. Ayiaq dia memang mengancam. Pure air tebu & pakcik yg dok jual tu mmg jaga kualiti. Tebu yg dibeli pulak adalah yg terbaik. Jadi sebab itulah selalu habih cepat sebab susah nak dapat tebu yg elok.

Apa-apa pun, pada cek selalunya bila pi ke sana memang itu yg dicari dulu. Selalunya gerai tu bukak sekitar jam 5pm.

Pada peminat Roti John & Air Tebu jangan x cuba...

Lokasi kedai. Dekat Traffic light.

View Larger Map

1 comment: